Aku menulis lagi. Aku menulis bila jiwa tak tenang. Salah satu cara aku expresi kan perasaan aku ialah dengan menulis.

24 Julai tarikh keramat aku akhir nya membuka hati untuk menerima lelaki lagi dalam hati aku selepas hampir dua tahun adam pergi dijemput ilahi.

24 Julai aku tergerak hati untuk membalas mesej dia setelah lama aku peram dalam inbox tanpa balasan. Hasrat hati aku hanya untuk mengisi masa lapang aku. Tapi tak sangka permulaan ini membuka hati aku semula.

Baru aku perasan selama nie hati aku sunyi tanpa hadir nya seseorang yg sudi menyambut aku di kala aku jatuh bangun aku. Memang keluarga sentiasa ada, tapi segala luahan perasaan terbatas bila bersama keluarga.

Sebulan aku mula buka hati aku semula. Aku pertaruhkan perasaan aku semula. Tapi aku belum nampak hasil yang aku ingin kan lagi. Kami belum di peringkat girlfriend boyfriend, masih lagi dalam fasa perkenalan.

Memang aku dah kenal dia 5 tahun tapi jarak masa mungkin mengubah personaliti kami. Aku perlukan masa supaya dia dapat biasa kan diri dengan status balu & ibu tumggal yang aku sandang sejak 2 tahun lepas.

Dalam kepala otak aku nie fikir kalau dalam fasa perkenalan dia tak bersungguh apatah lagi bila kami ke fasa seterus nya.. Ini la akibat yang perlu aku tanggung bila mula menyerahkan hati pada orang lain.

Comments

Popular Posts